Saturday, 9 November 2013

Mengapa jodoh dirahsiakan?


ASSALAMUALAIKUM

Aku bahagia bila bersamamu,
Dirimu membuatkan ku tersenyum,
Mampukah kita kekal bersama selamanya?
Adakah engkau jodohku?
Setelah apa yang kita lalui ini,
Mungkin yes,
Mungkin tidak.

Tahukah kau kenapa Allah Swt rahsiakan jodoh?
Mungkin kita akan sedih,
Mungkin kita akan putus asa,
Mungkin kita akan rasa lemah,
Apabila dia pergi dari hidup kita.

Mungkinkah kau bukan jodohku?
Aku hanya mampu redha,
Aku tidak mampu merancang,
Kerna Allah adalah sebaik baik perancang,
Aku hanya mampu berdoa kepada Allah,
Agar kau dan aku disatukan.

Tunggu,
Aku mahu tanya,
Adakah kau tahu,
Mengapa jodoh kita dirahsiakan?
Sebenarnya,
Jikalau kita tahu jodoh kita,
Itu bukan suatu kejutan,
Tetapi,
Itu adalah hidup yang bosan.

Cuba bayangkan,
Kita tidak pernah cinta,
Sukakan dia,
Mahukan dia,
Tetapi,
Akhirnya dia jodoh kita.

Apakah reaksi kita?
Terkejut?
Sudah tentu,
Kita akan terkejut, 
Dan Kita akan berkata,
'Eh, kau rupanya jodoh aku. Tak sangka gila'
Bukan?
Itulah sebabnya Allah rahsiakan,
Kerna Allah mahu beri kita 'Suprise'.





ASSALAMUALAIKUM.

No comments:

Post a Comment