ASSALAMUALAIKUM
Okay, Mahdi sebenarnya takut sangat :') Tahu tak takut apa? Mahdi takut sangat kalau Myra pergi tinggalkan Mahdi keseorangan. Well, maybe Mahdi tak sehebat lelaki yang Myra pernah kenalkan? Its okay. Kalau oneday Myra nak tinggalkan Mahdi kan, please tell me. Mahdi akan terima dan redha atas semua yang berlaku. InshaAllah, bila kita dah berpisah oneday. Mungkin Myra akan lebih bahagia, gembira dan tersenyum kerana lelaki itu. Mahdi? Mahdi akan menumpang bahagia. Biar Mahdi korbankan segalanya jangan Myra. Hmmmm.
Myra, ingat tak Mahdi pernah nak tinggalkan Myra? Tapi, Mahdi tak pernah buat semua itu kan? Myra tahu kenapa tak? Sebab, bila Mahdi fikir balik. Mahdi tak mampu nak teruskan hidup ini tanpa Myra disisi sebenarnya. Myra bagi Mahdi semangat untuk berubah, berjaya dan segalanya. Hmmmm. Tapi, satu benda yang susah bagi Mahdi nak buat. Tahu apa? Stop smoking :') Myra banyak kali cakap yang Myra risau Mahdi sakit or mati sebab rokok. Mahdi faham yang Myra sayangkan Mahdi. Tapi, janji dengan Mahdi. Kalau satu hari nanti, mata Mahdi tertutup daripada melihat keindahan dunia ini. Janji yang Myra akan teruskan hidup dan cari orang yang jauh lebih baik daripada Mahdi. Bukan apa, Mahdi mungkin dah tak ada but InshaAllah roh Mahdi akan sentiasa melihat Myra at dunia.
Hmmm, Maafkan segala kesalahan Mahdi kalau Mahdi pernah buat Myra nangis dan sakit hati :') Mahdi buat semua itu sebab Mahdi nak uji dan tengok Myra sayang dan risau tentang Mahdi or tak. Tapi, if gurauan dan apa apa yang Mahdi buat itu terlampau over, Mahdi minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Maafkan Mahdi tau. Mahdi nak minta maaf sebab takut tak sempat nak minta maaf sebelum berangkat ke alam seterusnya :')

Ya Allah,
Jika dia yang terbaik bagiku,
Engkau berilah aku dan dia kebahagiaan,
Jika dia bukan untukku,
Kau kuatkanlah hatiku,
Untuk menerima kenyataan dan takdirmu.
Amin :')

No comments:
Post a Comment