Tuesday 26 November 2013

Berubah Sekarang Bukan Kemudian



                Dosa? Sudah tentu dan sudah pasti semua manusia yang hidup di muka bumi Allah Swt tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa walaupun sebesar zarah sekalipun kan? Tapi, bila kita buat dosa adakah kita bangga? Adakah kita gembira? Mungkin. Aku dulu bukannya baik sangat, dosa umpama kawan yang sentiasa bersama diriku. Tapi, aku sedar bahawa aku akan mati dan adakah aku mahu solat di belakang imam atau aku mahu imam solatkan diriku di hadapannya? Bila aku terfikir tentang perkara itu, aku mahu berubah untuk cuba jadi baik walaupun sedikit. Janji kita berubah kan? Peribahasa ada menyambut " Sikit - sikit, Lama - lama jadi bukit " ingat? So, biarlah kita berubah sedikit demi sedikit dan mungkin? Satu hari nanti kita dapat berubah ke arah jalan Allah Swt sepenuhnya kan? Siapa tahu kan? Hmmm.


Ingatlah sahabat, kita manusia. Selagi hidup banyakkan beribadat dan bertaubatlah sebelum MATI


Aku?
Dulunya kejam,
Dulunya hina,
Dulunya selalu melakukan maksiat,
Dosa.

Tapi,
Itu semua dulu,
Bukan sekarang,
Aku mahu berubah,
Untuk memperolehi Syurga Allah,
Dunia sementara,
Akhirat kekal abadi.

Sahabatku,
Mungkin diriku hina,
Mungkin diriku dicaci,
Tapi,
Aku tidak hairan,
Mulut manusia,
Memang busuk.

Sahabatku,
Bersabarlah,
Berubah bukan senang,
Susah,
Banyak dugaan,
Tapi,
Ingatlah sahabatku,
Itu dugaan tanda sayangnya Allah.

Sahabatku,
Selagi mampu,
Bertaubat,
Selagi hidup,
Beribadat,
Selagi ada peluang,
Sucikan dirimu,
Pintu taubat,
Sentiasa terbuka luas.


Assalamualaikum



NOTE : BIAR KITA DIHINA DI DUNIA JANGAN DI HINI OLEH ALLAH DAN RASULLULAH DI AKHIRAT SANA SAHABATKU :')

Thursday 14 November 2013

Kawan Or Lawan.

        Dalam dunia ini sudah pasti semua orang mahukan kawan. Tapi, adakah kawan yang akan buat kita bahagia? Akan setia bersama kita? Atau mereka adalah lawan kita sebenarnya hmmm. Seorang kawan yang kita pernah kenal selama ini semuanya tak kenal kita dahulunya. Tapi, mungkin sebab something dia rapat dengan kita hingga kita anggap mereka kawan baik dan ada yang anggap kawan till jannah lah bagai. Manusia biasalah.

For me, friends is important actually. Relationship? Its just nothing.

         Kadang - kadang, kalau kita bosan atau lifeless kat rumah. Comfirm kita akan call or text kawan kita ajak keluar minum, lepak and ada juga yang sanggup keluar pagi - pagi ajak tengok bola dan sebagainya kan? Hahaha. Itulah kawan, terpaksa layan kita walaupun sometimes susah. Tapi, adakah mereka sanggup layan and teman kita sebab ada muslihat? Hmmm. Kawan atau Lawan sebenarnya mereka?


Dulu,
Aku dan kau,
Bersama sebagai kawan,
Setia bersama,
Berkongsi cerita,
Sedih dan gembira.

Aku pernah senang,
Kau gembira,
Teruja kerana kawan kau senang,
Kita keluar,
Aku belanja kau,
Kau?
Semuanya free,
Seolah - olah kau anak Dato',

Kini?
Aku susah,
Mana kau?
Hilang begitu sahaja,
Aku?


Kecewa,
Orang yang ku sangka kawan,
Rupanya lawan bagiku.


NOTE :
Carilah kawan yang benar - benar ingin berkawan dengan anda. Bukan yang mahukan kekayaan anda.