Saturday, 9 November 2013

Jangan Pernah Tinggalkan Daku ♥

Don't leave me ♥


Assalamualaikum,

Dirimu hadir tanpa diduga,

Dirimu ibarat cahaya kehidupanku,

Adakah kau jodoh untukku?

Atau hanya permainan hati bagiku?
Itu semua hanya Allah Swt Yang Mengetahui,
Aku?
Hanya mampu berserah dan menerima takdir.


Ingatkah kau?

Kau pernah berkata padaku,

Jangan Tinggalkan Daku,

Tapi,
Jika aku setia bersamamu,
Adakah kau akan setia bersamaku?
Ataupun kau hanya mempermainkan perasaanku?
Aku percaya kepada dirimu,
Kerna aku cinta,
Kerna aku sayang,
Pada dirimu wahai kekasih.



Apa yang kau mahukan dariku?

Kebahagiaan?

Kegembiraan?
Aku mampu memberi semua itu,
Tetapi,
Adakah kau mampu?
Aku tidak mengharapkan semua itu,
Aku hanya mahu satu,
Kesetiaan dirimu kepada diriku,
Susah?
Tinggalkan diriku,
Biarkan daku teruskan kehidupan ini,
Tanpamu kekasih.



Ingatlah,

Aku mungkin ditinggalkan,

Aku mungkin tidak layak bagimu,
Air mataku mungkin palsu,

Tetapi,

Jika engkau bahagia,
Diriku akan turut merasainya,
Kerna aku amat menyayangi dirimu,
Sebagai teman sehidup dan semati ku,
Aku hanya mampu berkata,



Jika dirimu jodohku,

Engkau pasti akan kembali kepadaku,

Melalui hari hari bahagia bersama,
Meraih kebahagiaan bersama,
Segalanya bersama, InshaAllah ♥



ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment